pspnm.zoom-a.com
UNIT PSP, PSPN MELAKA
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Km 9 Jalan Tun Kudu Bukit Katil Melaka, 75450 Melaka.        Tel : 06 2324478, Faks : 2323262
e-mel : pspnm@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LAGU NILAM | STAF UNIT PSP |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
KPP PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
(HAJI MOHD NOR BIN HAJI ABU)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak warga PSPN Melaka dan rankaiannya  ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga semua pendidik akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa pendidik-pendidik berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi pengajaran dan pembelajaran disekolah.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: